NOVEMBER 2021

Abang Johari Terima Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri.' 

Penganugerahan darjah kebesaran tersebut diterima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung di Istana Negara hari ini. 

Secara keseluruhan, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan untuk 2021 manakala beberapa individu merupakan penerima bagi tahun 2020. 

Abang Johari, 71, dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak menggantikan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 13 Jan 2017. Beliau juga merupakan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Sumber dari : Sarawakku